Infcrmation Technology Competencies Among Librarians At One Of Academic institution In Johor State,malaysia.

Inayati, Alviani and Tasir, Zaidatun (2008) Infcrmation Technology Competencies Among Librarians At One Of Academic institution In Johor State,malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti aras kompetensi Teknologi Maklumat (IT) di kalangan pustakawan dan perbezaan antara kompetensi IT di antara pustakawan lelaki dan perempuan, perbezaan kompetensi berdasarkan kelayakan dan hubungan antara kompetensi tersebut dengan faktor yang mempengaruhi kompetensi pustakawan di sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Johor, Malaysia. Reka bentuk kajian yang telah digunakan di dalam kajian ini ialah reka bentuk soal selidik kuantitatif. Sampel kajian ialah seramai 24 orang pustakawan. Analisis statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai telah menunjukkan bahawa aras kompetensi IT di kalangan pustakawan adalah sederhana (min=3.53) berdasarkan 5 mata skala pengukuran. Ianya juga telah menunjukkan bahawa min keseluruhan kompetensi IT pustakawan lelaki (min=3.80) adalah lebih tinggi dari min kompetensi IT bagi pustakawan perempuan (min=3.43). Analisis ANOVA satu hala telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kompetensi IT berdasarkan kelayakan pustakawan pada α= 0.05 (p=0.846). Pekali korelasi Eta pula telah digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara kompetensi IT dan faktor yang mempengaruhi kompetensi iaitu jantina (Eta=0.284), kelayakan akademik (Eta=0.126), latar belakang pendidikan (Eta=0.076) dan jawatan terkini di institusi (Eta=0.406) yang mana hubungannya adalah rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08665
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13506

Actions (login required)

View Item View Item