Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains

Abdul Rahman@ramli, Rozelina and Abu, Baharin (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Sains. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pelbagai faktor didapati mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam kajian-kajian lepas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor sikap pelajar, kaedah pengajaran guru, teknik belajar, jantina dan bangsa pelajar yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan menerangkan hubungan di antara faktor-faktor tersebut dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Penilaian dan pengukuran sikap, kaedah pengajaran guru dan teknik belajar dibuat berdasarkan skala Likert, manakala pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ditentukan berdasarkan gred yang diperolehi daripada peperiksaan akhir tahun 2007. Tinjauan menggunakan soal selidik (dengan nilai koefisien kebolehpercayaan item, α=0.95) telah dijalankan ke atas seramai 271 orang responden yang terdiri daripada 143 orang pelajar lelaki dan 128 pelajar perempuan Tingkatan 1 dari salah sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor sebagai populasi kajian. Data-data kajian kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untuk mendapatkan keputusan deskriptif. Hipotesis-hipotesis kajian telah diuji menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson pada aras α=0.05. Penganalisisan data dibuat dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social Sciences Windows Version 12.0 (SPSS). Sikap pelajar didapati mempengaruhi pencapaian pelajar dan mempunyai hubungan positif yang lemah dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains (pekali korelasi, r =0.325). Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran guru, teknik belajar, jantina dan bangsa pelajar didapati tidak mempunyai hubungan yang siginifikan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Di akhir kajian, cadangancadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08664
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13505

Actions (login required)

View Item View Item