Pengamalan Konsep Kbsm Dalam Kalangan Guru-guru sekolah Menengah Di Negeri Johor.

Harun, Muhamad Ali and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2008) Pengamalan Konsep Kbsm Dalam Kalangan Guru-guru sekolah Menengah Di Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap pengamalan konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam kalangan guru-guru di negeri Johor. Seramai 504 orang guru daripada 10 buah sekolah yang merangkumi 9 buah daerah di negeri Johor adalah responden kajian. Instrumen kajian mengukur tahap pengetahuan guru terdiri daripada 54 item soalan yang merangkumi Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tahap pengamalan pula terdiri daripada 39 item. Pembolehubah moderat adalah umur, jantina (lelaki atau perempuan), kategori guru (guru siswazah atau bukan siswazah), pengalaman mengajar (bawah 5 tahun, 6-10 tahun,11 tahun ke atas) dan jawatan yang disandang. Analisis statistik yang digunakan ialah ujian t dan analisis Varian Sehala (ANOVA). Keputusan menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang baik terhadap Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah iaitu nilai min 3.82. Tahap pengamalan guru terhadap Bahasa Melayu merentasi kurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah berada pada tahap sederhana iaitu min 3.59. Kajian ini juga mendapati faktor-faktor jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang menunjukkan kesan yang signifikan ke atas pengetahuan guru terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Faktor-faktor jantina dan umur sahaja menunjukkan kesan yang signifikan ke atas pengamalan guru terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08663
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13504

Actions (login required)

View Item View Item