Amalan Pengurusan Akademik Dan Sukan Di Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Edros/mohamaed, Haslina and Hushin, Hassan (2008) Amalan Pengurusan Akademik Dan Sukan Di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan melihat amalan pengurusan akademik dan sukan di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Kajian ini menggunakan temu bual berstruktur ke atas lima orang pentadbir, maklumbalas diperolehi untuk mengetahui matlamat penubuhan sekolah sukan, perancangan pihak pengurusan dalam membangunkan sekolah sukan, bentuk perbezaan pengurusan Sekolah Sukan Bandar Penawar berbanding Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pencapaian kecemerlangan yang diperoleh oleh Sekolah Sukan Bandar Penawar sehingga kini. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan temu bual, analisis dokumen, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa matlamat penubuhan Sekolah Sukan Bandar Penawar tercapai, pelbagai program dirancang oleh pihak pengurusan dalam membangunkan Sekolah Sukan Bandar Penawar, terdapat perbezaan antara pengurusan Sekolah Sukan Bandar Penawar dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan banyak pencapaian dan kecemerlangan diperoleh Sekolah Sukan Bandar Penawar sehingga kini. Didapati juga bahawa bantuan yang amat diperlukan dan sesuai ialah bantuan berterusan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan dalam menentukan kecemerlangan atlet. Selain itu, sistem sokongan lain juga diperlukan untuk peningkatan profesional pentadbir yang berada di sekolah sukan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08662
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13503

Actions (login required)

View Item View Item