Factors That Motivate Primary School Students To Read extensively In English In The Rural Areas

Salleh, Noor Azlen and Zainal, Zaidah (2008) Factors That Motivate Primary School Students To Read extensively In English In The Rural Areas. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah rendah di pedalaman untuk giat membaca di dalam bahasa Inggeris. Model expectancy-value oleh Day & Bamford (1998) telah digunakan bagi tujuan ini. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar dan guru terhadap membaca secara giat dalam bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 313 pelajar (tahun 5 dan tahun 6) dan sembilan guru dari tiga sekolah rendah di tiga daerah berlainan di pedalaman Johor. Soal selidik bagi menyiasat motivasi pelajar terhadap tabiat membaca dalam bahasa Inggeris telah dijalankan termasuk soal selidik bagi menyiasat persepsi pelajar dan guru terhadap tabiat membaca di dalam bahasa Inggeris. Data yang diperolehi daripada kajian soal selidik dianalisa menggunakan analisa faktor bagi menentukan faktorfaktor motivasi pelajar dalam tabiat membaca dalam bahasa Inggeris. Data-data bagi menentukan persepsi guru dan pelajar telah dianalisa dan dipersembahkan dalam taburan frekuensi. Selain daripada penggunaan soal selidik sebagai instrumen utama, temuduga juga telah dijalankan terhadap enam murid dan enam guru. Hasil kajian daripada analisa faktor mendapati jangkaan terhadap bahan berbahasa Inggeris (expectation of the English materials) merupakan faktor motivasi yang merangsang pelajar untul membaca di dalam bahasa Inggeris. Hasil daripada taburan frekuensi pula mendapati kebanyakan guru dan pelajar mempunyai persepsi yang menggalakkan terhadap tabiat membaca di dalam bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08661
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13502

Actions (login required)

View Item View Item