Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Bagi Topik Sudut Dongak Dan Sudut Tunduk.

Ehsan, Aini Faiz and Bakar, Md Nor (2008) Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Bagi Topik Sudut Dongak Dan Sudut Tunduk. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk sudut dongak dan sudut tunduk di kalangan pelajar tingkatan 5. Kajian ini difokuskan kepada keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang merangkumi proses memahami masalah, merancang strategi penyelesaian dan menulis jawapan yang betul serta menyemak jawapan. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang pelajar. Pelajar dikehendaki menjawab lima soalan berbentuk penyelesaian masalah. Pengkaji menjalankan pemerhatian dan merekodkan kebolehan pelajar semasa menyelesaikan masalah. Seterusnya pelajar ditemubual bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori sikap adalah kesanggupan dalam aktiviti menyelesaikan masalah, ketabahan ketika menyelesaikan masalah dan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kemahiran memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan menulis jawapan dengan betul serta menyemak jawapan pada tahap yang sederhana dalam menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan topik sudut dongak dan sudut tunduk.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08660
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13501

Actions (login required)

View Item View Item