Orientasi Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian akademik Pelajar

Mat, Siti Zabidah and Md Johan, Othman (2008) Orientasi Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian akademik Pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji jenis orientasi belajar pelajarpelajar Tingkatan Dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan orientasi belajar mengikut jantina, kaum dan sosioekonomi pelajar. Sampel kajian berjumlah 226 orang pelajar Tingkatan Dua yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kelompok di salah sebuah sekolah di daerah Kulai. Orientasi belajar mereka diukur menggunakan soal selidik Survey of Study Habits and Attitudes . Keputusan kajian adalah seperti berikut (i) Jenis orientasi belajar sikap belajar penerimaan pelajaran memperoleh skor tertinggi diikuti sikap belajar penerimaan pelajaran, sikap belajar penerimaan guru dan tabiat belajar pengelakan lambat (ii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi belajar secara keseluruhan mengikut jantina dan kaum. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara tabiat belajar kaedah kerja dan sikap belajar penerimaan pelajaran mengikut kaum (iii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi belajar pelajar secara keseluruhan mengikut sosioekonomi. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam tabiat belajar kaedah kerja antara mereka yang berpendapatan RM1201 hingga RM2000 dan golongan berpendapatan melebihi RM2000, (iv) Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi belajar dengan pencapaian akademik bagi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beberapa cadangan kajian telah dikemukakan untuk memantapkan lagi orientasi belajar pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08659
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13500

Actions (login required)

View Item View Item