Konsep Kendiri Dan Faktor-faktor Penyumbang Ke Arah tingkah Laku Delinkuen Pelajar

Md Yassin, Nora aidah and Md Johan, Othman (2008) Konsep Kendiri Dan Faktor-faktor Penyumbang Ke Arah tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Gejala sosial dan delinkuen yang melibatkan remaja semakin berleluasa dan berada di tahap yang amat membimbangkan. Masalah ini jika tidak dibendung akan membawa impak yang negatif terhadap pembentukan konsep kendiri pelajar. Kajian ini bertujuan mengkaji latar belakang keluarga dan konsep kendiri pelajar yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen. Latar belakang keluarga yang dikaji ialah taraf pendidikan, pendapatan, pekerjaan ibu bapa dan penglibatan ahli keluarga dengan masalah sosial. Manakala konsep kendiri pelajar yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen termasuk konsep kendiri fizikal, keluarga, etika moral, peribadi dan hubungan sosial. Kajian ini juga mengkaji tiga aspek yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen di kalangan pelajar iaitu faktor rakan sebaya, sekolah dan media massa. Seluruh populasi iaitu seramai 44 orang pelajar Asrama Akhlak Bukit Senyum, Johor Bahru digunakan sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan juvana dan sedang menjalani program pemulihan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen di dalam kajian ini. Jumlah kekerapan, min dan peratus digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan pelajar delinkuen berasal daripada keluarga yang berpendidikan dan berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang pernah dipenjarakan atau pernah dimasukkan ke pusat pemulihan. Daripada segi faktor-faktor penyumbang terhadap tingkah laku delinkuen pula kajian menunjukkan bahawa setiap faktor iaitu rakan sebaya, sekolah dan media massa masing-masing menyumbang ke arah tingkah laku delinkuen iaitu pada tahap yang sederhana. Ini bermakna setiap faktor yang dikaji memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar delinkuen mempunyai tahap konsep kendiri yang sederhana. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling supaya setiap pihak dapat merancang dan menyediakan suasana yang kondusif dan aktiviti yang dapat memupuk pembentukan konsep kendiri unggul dan tingkah laku yang bermoral tinggi di kalangan remaja supaya mereka tidak mudah terjebak dalam gejala sosial dan delinkuen.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08658
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13499

Actions (login required)

View Item View Item