Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat mengenai Elektrokimia

Lee, Tien Tien and Arshad, Mohammad Yusof (2008) Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat mengenai Elektrokimia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman pelajar tingkatan empat mengenai elektrokimia. Kajian ini menumpu kepada sel elektrolisis dan sel kimia dalam menguji kefahaman pelajar tentang konsep elektrokimia secara makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian dan temu bual. Nilai Alpha Cronbach instrumen ujian adalah 0.78. Seramai 176 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tangkak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil telah mengambil bahagian sebagai responden dalam kajian ini. Seramai 16 orang responden yang menunjukkan kerangka alternatif tertentu juga dipilih untuk menjalani sesi temu bual. Data yang diperoleh daripada ujian dianalisis dan dikategorikan kepada jawapan saintifik, jawapan kerangka alternatif dan tiada jawapan. Didapati bahawa responden kajian menunjukkan beberapa kerangka alternatif dalam sel elektrolisis dan sel kimia dalam konsep pengaliran elektrik dalam konduktor logam dan dalam elektrolit, mengenal pasti anod dan katod, mengenal pasti tindak balas yang berlaku di anod dan katod, konsep pengoksidaan dan penurunan, konsep elektrolit. Satu modul pengajaran elektrokimia yang menggabungkan penggunaan simulasi dengan pendekatan konstruktivisme telah dicadangkan untuk mengatasi masalah kerangka alternatif dalam elektrokimia.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08657
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13498

Actions (login required)

View Item View Item