Perhubungan Di Antara Tahap Tekanan Dengan Kemahiran ibubapa Yang Mempunyai Anak-anak Autistik di Daerah Johor Bahru, Johor

Ja afar, Zuraidah and Abu Bakar, Zainudin (2008) Perhubungan Di Antara Tahap Tekanan Dengan Kemahiran ibubapa Yang Mempunyai Anak-anak Autistik di Daerah Johor Bahru, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Menjadi ibubapa adalah menjadi perkara yang paling mengembirakan dengan pengalaman-pengalaman baru dan menarik. Walau bagaimanapun pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh ibubapa di dalam membesar dan mendidik anak-anak. Adakalanya ini boleh menyebabkan timbulnya tekanan bagi ibubapa di dalam menghadapi kehidupan seharian. Tekanan mungkin akan bertambah apabila anak atau anak-anak yang dilahirkan mempunyai kecelaruan perkembangan pembesaran seperti autistik dan ADD/ADHD. Kajian ini mempunyai objektif untuk melihat tahap tekanan terhadap ibubapa kepada anak-anak yang mempunyai autistik. Ia juga bertujuan untuk melihat kemahiran ibubapa dan perkaitan di antara tahap tekanan dengan latarbelakang ibubapa. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif pengumpulan data dilakukan melalui temubual dan pengedaran borang soal selidik kepada responden di kawasan kajian. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibubapa kepada anak-anak ini mempunyai tahap tekanan yang normal melainkan beberapa individu sahaja. Adalah didapati ibubapa kepada anakanak yang mempunyai autistik mempunyai tahap yang tinggi berbanding dengan ibubapa kepada anak-anak yang mempunyai ADD/ADHD. Beberapa cadangan ada dikemukakan di bahagian akhir penulisan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08656
Subjects: Special Education > Special Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13497

Actions (login required)

View Item View Item