The Effect Of Animated Pedagogical Agent On Motivation & Emotion factor To Improve Students Learning Gains.

Mohamad, Syamsul Nur Azlan and Harun, Jamaludin (2008) The Effect Of Animated Pedagogical Agent On Motivation & Emotion factor To Improve Students Learning Gains. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini membentangkan potensi teknologi pedagogical agent sebagai salah satu alat penyelesai masalah bagi setengah-setengah perkara dalam suasana pembelajaran. Tujuan kajian adalah untuk melihat keberkesanan pedagogical agent dalam membantu pembelajaran dikalangan pelajar program sarjana muda pendidikan UTM. Kajian ini turut memberi fokus terhadap motivasi pelajar-pelajar ketika menggunakan pedagogical agent dalam proses pembelajaran. Atas tujuan yang sama, melihat hubungan di antara pembelajaran dan tindakbalas emosi semasa mereka berinteraksi dengan pedagogical agent. Lantaran seramai 43 orang responden yang mendaftar matapelajaran SPM1012 Telekomunikasi dan Rangkaian telah dipilih secara rawak menyertai pre-eksprementasi menggunakan Autotutor sebagai instrument. Satu kajian rintis yang dijalankan serta menunjukan tahap kebolehpercayaan alpha 0.979. Keputusan menunjukkan pedagogical agent telah membantu ke arah peningkatan proses pembelajaran (M=3.67, SD=0.641). Kedua, pedagogical agent secara positifnya mempengaruhi proses pembelajaran dengan membantu mempertingkatkan motivasi pelajar (M=3.85, SD=0.593). Ketiga, tindakbalas emosi seperti manusia menjadikan pelajar berasa terpesona dan berkeyakinan untuk berinteraksi bersama pedagogical agent. Keputusan menunjukkan hubungan kolerasi tinggi di antara pembelajaran dan emosi ketika pelajar-pelajar berinteraksi dengan pedagogical agent. Kesimpulannya, pedagogical agent masih lagi diperingkat permulaan dimana pastinya mampu memberikan kesan yang baik terhadap suasana pembelajaran interaktif.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08655
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13496

Actions (login required)

View Item View Item