Penyeliaan Pengajaran Dalam Kalangan Guru-guru Mata pelajaran Sejarah

Ali, Kedah and Abu, Baharin (2008) Penyeliaan Pengajaran Dalam Kalangan Guru-guru Mata pelajaran Sejarah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini mengkaji penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Sejarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran dan menentukan tahap pengaplikasian konsep dan amalan Penyeliaan Klinikal serta melihat keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian tinjauan ini dijalankan melalui soal selidik ke atas 7 buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru. Responden kajian terdiri daripada 37 orang guru. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis melalui perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS 11.5 for Windows). Min, peratusan, dan sisihan piawai digunakan dalam menganalisis data. Ujian-t dan ANOVA Sehala pada aras signifikan α = 0.05 telah digunakan dalam menguji hipotesis. Dapatan kajian mendapati sikap penerimaan guru Sejarah berada pada tahap tinggi, dan tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal berada pada tahap sederhana. Manakala tahap keberkesanan penyeliaan berada pada aras tinggi. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesion perguruan, perkongsian maklumat, dan memberi bantuan dalam pengajaran dapat dilakukan dari aspek penyeliaan pengajaran. Kajian lanjutan untuk melihat kemahiran dan kesediaan penyelia untuk menyelia perlu dijalankan untuk memperbaiki keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08654
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13495

Actions (login required)

View Item View Item