Pengintegrasian Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi

A. Hadi, Rashita and Bakar, Md Nor (2008) Pengintegrasian Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik. Sampel kajian terdiri daripada 30 guru Matematik dan 15 guru penyelaras makmal komputer di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada guru Matematik; temubual bersama guru Matematik dan penyelaras makmal komputer; dan analisis dokumen Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan sekolah, Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan Daerah Kota Tinggi, Pelan Strategik Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah dan buku log penggunaan makmal komputer sekolah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik asas iaitu kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Walau bagaimanapun, keeengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan. Beberapa cadangan telah diusulkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia dan guru Matematik bagi memantapkan lagi perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08652
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13493

Actions (login required)

View Item View Item