Kecenderungan Pelajar-pelajar institut Kemahiran Mara (ikm) Johor Bahru terhadap Bidang Keusahawanan

A.rahim, Norisham and Mohd Noor, Norani (2008) Kecenderungan Pelajar-pelajar institut Kemahiran Mara (ikm) Johor Bahru terhadap Bidang Keusahawanan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajarpelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan. Terdapat lima objektif utama untuk kajian ini iaitu mengenalpasti faktor motivasi keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan, kemahiran keusahawanan dan pengetahuan keusahawanan yang mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan serta mengenalpasti elemen keusahawanan yang dapat mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Soal selidik yang digunakan mengandungi 45 item yang berdasarkan kepada persoalan kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.8, manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 12. Hasil dapatan kajian mendapati faktor motivasi keusahawanan yang mendorong kecenderungan mereka adalah disebabkan faktor ekonomi. Bagi ciri-ciri keusahawanan yang mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan adalah kebolehan mereka bekerja dengan teliti di samping seorang yang bertenaga dan keyakinan diri yang tinggi. Kajian ini juga mendapati bahawa kemahiran keusahawanan yang mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan adalah kebolehan menyesuaikan diri dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Pengetahuan keusahawanan yang mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan adalah pengetahuan mengenai keperluan dan gelagat pelanggan. Pendidikan awal serta pembudayaan keusahawanan secara berterusan tanpa mengira lapisan umur merupakan elemen keusahawanan yang dapat mendorong kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawana

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08647
Subjects: Business and Commerce Education > Business Entrepreneurship Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13488

Actions (login required)

View Item View Item