Hubungan Kepuasan Pelajar Terhadap Perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Space Universiti Teknologi Malaysia.

Suraimi, Nurazwin and Hee, Jee Mei (2008) Hubungan Kepuasan Pelajar Terhadap Perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Space Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Laporan berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap kepuasan terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan ; dan mengkaji hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh dengan pencapaian akademik pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 317 responden yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik), Fakulti Pendidikan menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala likert 5 mata bagi mengukur empat elemen yang tersebut diatas. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 14.0 menggunakan kekerapan, peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar tinggi terhadap interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan, tetapi sederhana terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran. Tiada hubungan antara teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi, tahap kepuasan mereka tidak ada kaitan dengan pencapaian akademik. Laporan ini diakhiri dengan cadangan untuk mempertingkatkan mutu perlaksanaan pendidikan jarak jauh dan cadangan kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08645
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13486

Actions (login required)

View Item View Item