Kepuasan Pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) Di Fakulti Pendidikan, Utm.

Hashim, Nor Hanimah and Ismail, Sarimah (2008) Kepuasan Pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) Di Fakulti Pendidikan, Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen yang sangat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan, Kemahiran Hidup (SPH) sesi II 2007/2008 terhadap kesesuaian kursus, pengagihan kursus bagi setiap semester, kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian telah dijalankan ke atas 397 orang pelajar di Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan tahun satu hingga empat di Fakulti Pendidikan. Data yang dikumpul menggunakan set borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan responden berpuas hati dengan tiga daripada empat aspek yang dikaji. Cadangan telah dikemukakan bagi menambah kepuasan belajar khusus kepada pelajar-pelajar SPH, Fakulti Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini seperti kajian yang berfokuskan kepada kepuasan pelajar dalam mewujudkan perkhidmatan warga universiti yang berkesan, kepuasan bagi bilik kuliah atau dewan kuliah yang boleh menarik minat pelajar dan kepuasan pelajar mengenai peranan khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan dalam membantu pencapaian akademik dan bukan akademik mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08644
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13485

Actions (login required)

View Item View Item