Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam Sepak Takraw

Ghani, Mohd Azrul Fajri and Harun, Hafizah (2008) Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam Sepak Takraw. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang pemain lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan(K)(N=2), kumpulan latihan pliometrik Single Leg Lateral Box Jump (SLLBJ)(N=3) dan kumpulan latihan pliometrik Tuck Jump (TJ)(N=3). Tempoh latihan pliometrik yang dijalankan adalah selama enam minggu. Untuk menilai keberkesanan latihan atau tanpa latihan; ujian Rejaman Maksimum Bola Statik (RMBS) dijadikan pengukur tahap ketinggian rejaman. Data di analisa menggunakan Microsoft Office Excel 2003. Analisa data ujian RMBS mendapati skor ujian pra (mean SD) bagi SLLBJ, 40.50cm 30.41; TJ, 32.50cm 20.51; K, 14.00cm 14.14 dan ujian pos (mean SD) SLLBJ, 49.00cm 32.53; TJ, 32.00cm 21.21; K, 15.50cm 12.02, menunjukkan peningkatan sebanyak 20.99%, 0.76% dan penurunan -1.54% bagi kumpulan SLLBJ, K dan TJ. Daripada dapatan kajian, latihan pliometrik SLLBJ sesuai diadaptasikan kepada pemain berposisi perejam sepak takraw dalam menambahkan kuasa eksplosif dan membantu meningkatkan keupayaan lompatan dalam melakukan rejaman.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08643
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13484

Actions (login required)

View Item View Item