Persepsi Pelajar Wanita Islam Utm Terhadap Fesyen Terkini dan Tuntutan Menutup Aurat

Muhamad Radzi, Noor Betty Azura and Mohamad, Ahmad Marzuki (2008) Persepsi Pelajar Wanita Islam Utm Terhadap Fesyen Terkini dan Tuntutan Menutup Aurat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah mengkaji persepsi pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat. Tujuan kajian ini adalah mengenai pandangan pelajar wanita Islam tentang fesyen pakaian wanita Islam terkini, pandangan terhadap fesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak dan juga mengetahui tahap kefahaman pelajar wanita Islam mengenai tuntutan menutup aurat. Kajian ini dilakukan di tiga buah kolej kediaman pelajar wanita sahaja iaitu Kolej Tun Fatimah, Kolej 9 dan Kolej Datin Seri Endon. Penyelidik memilih seramai 335 orang daripada 2594 orang pelajar wanita Islam sebagai sampel. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science For Windows Intergrated Student Version (SPSS) versi 13.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar wanita Islam terhadap fesyen terkini wanita Islam berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.76, diikuti dengan persepsi pelajar wanita Islam terhadap fesyen terkini wanita Islam yang menepati syarak dengan nilai min 3.47 berada pada tahap sederhana manakala tahap kefahaman pelajar wanita Islam terhadap tuntutan menutup aurat berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu nilai min 4.72. Kajian ini turut mencadangkan agar dilakukan kajian susulan bagi melihat kaitan antara pengamalan fesyen pakaian wanita Islam terkini dengan kewajipan menutup aurat kepada semua pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08641
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13482

Actions (login required)

View Item View Item