Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Teori kecerdasan Pelbagai Bagi Tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler

Mustafar, Nurfaiza and Shariffudin, Rio Sumarni (2008) Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Teori kecerdasan Pelbagai Bagi Tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan membentuk dan menilai suatu perisian multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler. Dalam membangunkan perisian ini, teori kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983 telah digunakan. Dalam penyusunan dan penyampaian isi pelajaran, strategi pengajaran lima fasa pengajaran Needham yang diasaskan oleh Richard Needham pada tahun 1987 telah digunakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian pembangun Macromedia Director MX 2004. Dalam merekabentuk pembangunan perisian ini, model rekabentuk instruksi Hannafin dan Peck telah digunakan. Dalam menilai keberkesanan perisian ini, kaedah soal selidik telah digunakan dengan mengambil enam sampel di mana salah satu daripadanya dipilih melakukan penilaian terhadap isi kandungan perisian ini. Dapatan daripada penilaian kajian ini adalah positif terhadap semua aspek yang dinilai iaitu isi kandungan, multimedia dan strategi pengajaran yang digunakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08640
Subjects: Physics Education > Physics Education
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13481

Actions (login required)

View Item View Item