Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Subjek Information And Communication Technology (ict) Tingkatan 4

Masrom, Noor Asmalinda and Hassan, Johari (2008) Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Subjek Information And Communication Technology (ict) Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, sebuah modul ICT tingkatan empat telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ianya merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang selari dengan strategi pembelajaran SeDAAP yang disarankan KPM. Modul yang dihasilkan berdasarkan teori konstruktivisme ini adalah bertujuan supaya pelajar dapat membina sendiri pengetahuan dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Modul ini mengandungi tiga bab yang merangkumi bidang pembelajaran bagi tingkatan empat iaitu Information and Communication Technology and Society, Computer Systems dan Computer Networks and Communications. Modul ini adalah modul bertulis bersaiz B5 yang dijilidkan mengikut bab. Isi pelajaran yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak disampaikan secara terus, sebaliknya pelajar perlu melakukan pencarian maklumat bagi mendapatkan isi kandungan bagi setiap topik. Aktiviti disediakan dalam setiap bab bagi menilai kefahaman pelajar. Satu analisis telah dijalankan ke atas 20 responden yang terdiri daripada pelajar yang akan mengajar subjek ICT di sekolah dan seorang pakar untuk menilai isi kandungan modul ini.. Kajian ini mendapati bahawa pelajar dan pakar bersetuju mengatakan bahawa modul ini menepati silibus yang digariskan oleh KPM dan penggunaan modul pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dan ianya amat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pakar menunjukkan modul yang dihasilkan cukup baik dari segi kandungan, cara penyampaian dan reka bentuk. Walau bagaimanapun, modul ini masih boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan modulnya lebih berkualiti. Diharap dengan adanya modul pembelajaran ICT ini, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendir

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08639
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13480

Actions (login required)

View Item View Item