Kesediaan Guru Terhadap Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di sekolah Kebangsaan Daerah Kulaijaya,johor

Lah, Razali and Sihes, Ahmad Johari (2008) Kesediaan Guru Terhadap Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di sekolah Kebangsaan Daerah Kulaijaya,johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesediaan guru Matematik mengajar dalam Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan,Daerah Kulaijaya Terdapat empat persoalan kajian yang dikaji iaitu tahap komunikasi guru di dalam Bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik,sejauh mana guru menghadapi masalah apabila menggunakan bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris,sejauh mana usaha guru meningkatkan pengajaran Matematik dalam Bhasa Inggeris dan hubungan diantara gred Bahasa Inggeris guru di peringkat SPM dengan kesediaan guru mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.Seramai 100 orang guru Matematik Sekolah Kebangsaan Daerah Kulai terlibat dalam kajian ini Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik.Data.data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows.Statistik deskritif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis komunikasi dalam Bahasa Inggeris,penggunaan bahan rujukan Bahasa Inggeris dan usha guru bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris,manakala korelasi Person digunakan untuk menganalisis hubungan antara gred Bahasa Inggeris di peringkat SPM dengan kesediaan guru mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.Hasil kajian mendapati tahap komunikasi,penggunaan bahan rujukan dan usaha guru berada pada tahap sederhana.Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gred Bahasa Inggeris Guru Matematik diperingkat SPM dengan komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan usaha guru mempertingkan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris,manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gred Bahasa Inggeris dengan penggunaan bahan rujukan Bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08637
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13478

Actions (login required)

View Item View Item