Tahap Kepuasan Guru-guru Pelatih Terhadap Guru-guru Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Jamaluddin, Mardiyah and Arsat, Mahyuddin (2008) Tahap Kepuasan Guru-guru Pelatih Terhadap Guru-guru Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08631
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13472

Actions (login required)

View Item View Item