Satu Kajian Cabaran Guru Di Sekolah Pedalaman Daerah muar. Johor.

Mohd Yunus, Maizura and Arsat, Mahyuddin (2008) Satu Kajian Cabaran Guru Di Sekolah Pedalaman Daerah muar. Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu faktor sikap individu, keselamatan, kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada para guru yang berlainan sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di daerah tersebut. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi cabaran guru di pedalaman seperti menyediakan rumah atau kuartes berhampiran sekolah dan menganjurkan program motivasi untuk melahirkan guru yang cemerlang

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08629
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13470

Actions (login required)

View Item View Item