Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model konstruktivisme Needham Lima Fasa bagi Tajuk Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains sekolah Rendah

Abu Bakar, Mohamad Syazwan and Ibrahim, Mohd Ali (2008) Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model konstruktivisme Needham Lima Fasa bagi Tajuk Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains sekolah Rendah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Selain itu, proses pembangunan perisian ini juga berpandukan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang terdiri daripada fasa-fasa Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian perisian Microsoft PowerPoint 2003 digunakan sebagai perisian utama selain daripada perisian tambahan yang turut membantu iaitu Adobe Photoshop 7.0. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah. Penilaian formatif telah dilaksanakan di kalangan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan perisian manakala penilaian sumatif juga telah dilakukan di kalangan sepuluh orang guru sains yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang sains. Keputusan penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, aktiviti, rekabentuk dan penggunaannya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08628
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13469

Actions (login required)

View Item View Item