Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di sekolah Kebangsaan Mersing Johor

Mat Jalil, Mohd. Rashidi and Abu Bakar, Zainudin (2008) Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan kaedah petak sifir. 50 orang pelajar tahun 4 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua kelas dan dua sekolah yang berbedza,iaitu satu kelas dari Sekolah Kebangsaaan Felda Tenggaroh 01 dan satu kelas dari Sekolah Kebangsaa Felda Tenggaroh 02 yang mempunyai taraf pencapaian yang hampir sama.Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan,kumpulan A menggunakan kaedah tradisional di dalam pengajarannya manakala kumpulan B pula menggunakan kaedah petak sifir.Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan antara dua kumpulan ini.Selepas kajian didapati peningkatan min markah kaedah tradisional ialah 19.68%,manakala kaedah petak sifir pula ialah 42.96%.Secara keseluruhannya kaedah petak sifir ini berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08627
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13468

Actions (login required)

View Item View Item