Persepsi Guru-guru Terhadap Kepimpinan Pengajaran guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar Mengikuti Program Khas pensiswazahan Guru Besar (pkpgb) di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Johor Bahru

Basiron, Mohamed Noor and Daud, Khadijah (2008) Persepsi Guru-guru Terhadap Kepimpinan Pengajaran guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar Mengikuti Program Khas pensiswazahan Guru Besar (pkpgb) di Sebuah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik Principal Instruction Management Rating Scale (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen Principal Instruction Management Rating Scale, nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08626
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13467

Actions (login required)

View Item View Item