Tahap Keyakinan Para Pelatih Tred Wet Skill Di Akademi Binaan malaysia Untuk Menceburi Bidang Kerjaya Dalam Insdustri Pembinaan

Ismail, Muhammad Hamiddudin and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Tahap Keyakinan Para Pelatih Tred Wet Skill Di Akademi Binaan malaysia Untuk Menceburi Bidang Kerjaya Dalam Insdustri Pembinaan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keyakinan para pelatih tred Wet Skill di Akademi Binaan Malaysia (ABM) untuk menceburi bidang kerjaya dalam industri pembinaan. Penyelidikan ini mempunyai tiga objektif iaitu menilai tahap keyakinan para pelatih terhadap penguasaan ketrampilan kemahiran yang dipelajari di institusi kemahiran, menilai tahap keyakinan para pelatih dari segi persediaan untuk menceburi bidang kerjaya dalam industri pembinaan dan menilai tahap keyakinan para pelatih untuk menceburi bidang keusahawanan dalam bidang pembinaan sebagai kerjaya. Instrumen digunakan dalam penyelidikan deskriptif ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 7 item berkenaan latarbelakang pelatih. Bahagian B mengandungi 31 item berkenaan tahap keyakinan pelatih untuk menceburi bidang kerjaya dalam industri pembinaan. Item-item ini dibina berdasarkan soalan kajian. Kesahan kepercayaan soal selidik diuji menggunakan Alpha Cronbach dan nilai yang diperoleh adalah 0.8. Data terkumpul diuji menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk Windows Versi 15. Dapatan kajian menunjukkan kurikulum latihan dijalankan ABM adalah berjaya. Para pelatih berkeyakinan terhadap penguasaan kemahiran dimiliki dengan nilai purata min 3.99 dan menghampiri tahap tinggi. Tahap keyakinan dari segi persediaan untuk menceburi pekerjaan dalam industri pembinaan adalah menghampiri tahap tinggi dengan nilai purata min 3.76. Tahap keyakinan pelatih terhadap kemahiran employability adalah tinggi. Walaubagaimanapun dapatan menunjukkan tahap keyakinan yang sederhana dengan nilai purata min 3.67 dalam aspek kecenderungan keusahawanan. Ini kerana pelatih tidak terdedah dengan pendidikan keusahawanan dalam kurikulum latihan di ABM.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08625
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13466

Actions (login required)

View Item View Item