Amalan Pengajaran Guru Pelatih Utm Dalam Pendidikan sains

Abdul Latip, Md.norakmal and Nordin, Aziz (2008) Amalan Pengajaran Guru Pelatih Utm Dalam Pendidikan sains. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat mengenai amalan pengajaran guru pelatih UTM dalam pendidikan sains dan juga untuk mengenalpasti penggunaan bahan bantu mengajar dan penggunaan makmal sains semasa latihan mengajar. Instrumen kajian ialah soal selidik yang merangkumi empat komponen iaitu kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, penggunaan makmal sains serta jenis-jenis bahan bantu mengajar yang digunakan. Sebanyak 75 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia). Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.8908. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran, penggunaan dan jenis-jenis bahan bantu mengajar serta penggunaan makmal berada di tahap yang baik berdasarkan nilai skor min yang tinggi bagi setiap persoalan kajian. Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08622
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13463

Actions (login required)

View Item View Item