Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Setiausaha Sukan di Dalam Mengurus Sukan Sekolah

Md Yunos, Md Yusof and Abd Rahman, Mohd Anuar (2008) Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Setiausaha Sukan di Dalam Mengurus Sukan Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16 buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan senarai tugas setiausaha sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi Pontian. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.939. Dapatan dari kajian sebenar menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap setiausaha sukan terhadap tugasnya berada pada tahap yang tinggi manakala kemahiran berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara setiausaha sukan lelaki dengan setiausaha sukan wanita dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08621
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13462

Actions (login required)

View Item View Item