Persepsi Guru-guru Sekolah Tamil Daerah Kluang terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan komunikasi (tmk) Dalam Pengajaran Dan pembelajaran

R. Palani, Manivinnan and Yahaya, Azizi (2008) Persepsi Guru-guru Sekolah Tamil Daerah Kluang terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan komunikasi (tmk) Dalam Pengajaran Dan pembelajaran. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor minat merupakan faktor dominan terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti sama ada faktor beban tugas merupakan faktor dominan terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti sama ada faktor kemudahan peralatan merupakan faktor dominan terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, mengetahui kekerapan penggunaan TMK oleh guru-guru Sekolah Tamil di Daerah Kluang dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor minat, faktor beban tugas dan faktor kemudahan peralatan Sekolah Tamil di Daerah Kluang dengan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan penggunaan TMK di kalangan guru-guru Sekolah Tamil mengikut lokasi sekolah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 108 orang guru dari Sekolah Tamil di Kluang, Johor. Melalui kaedah soal selidik, data yang telah dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian mendapati faktor minat meruapakan faktor dominan bagi guru-guru di Sekolah Tamil di Daerah Kluang terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor minat, beban tugas dan faktor kemudahan peralatan di Sekolah-sekolah Tamil Daerah Kluang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru Sekolah Tamil. Akhir sekali, beberapa cadangan juga telah dikemukakan sebagai panduan kepada organisasi kajian serta kajian yang akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08618
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13459

Actions (login required)

View Item View Item