Burnout Pentadbir Sekolah Kebangsaan di Daerah Kluang

Salan, Musa and Lokman, Mohd Tahir (2008) Burnout Pentadbir Sekolah Kebangsaan di Daerah Kluang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti iaitu tahap burnout, perbezaan burnout dari segi faktor demografi seperti jantina, umur, status pendidikan, status perkahwinan, pengalaman mentadbir, beban tugas mengajar dan lokasi sekolah serta hubungan tekanan kerja dengan burnout di kalangan pentadbir sekolah di daerah Kluang. Seramai 95 orang pentadbir dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory Educators Survey bagi mengukur tahap burnout di kalangan pentadbir. Data yang diperolehi dianalisis dengan cara taburan kekerapan, peratusan, Ujian-t, ANOVA dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian secara keseluruhannya pentadbir sekolah kebangsaan di daerah Kluang mengalami tahap burnout yang rendah. Dari segi faktor demografi dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan burnout yang signifikan mengikut umur, status perkahwinan dan lokasi sekolah dalam aspek pencapaian peribadi. Manakala faktor pengalaman mentadbir pula menunjukkan perbezaan burnout yang signifikan dalam aspek depersonalisasi. Dari segi beban tugas mengajar, kajian mendapati terdapat perbezaan burnout yang signifikan dalam ketiga-tiga subskala burnout. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan burnout. Oleh itu, dicadangkan agar semua pentadbir sekolah diberikan pendedahan dan peningkatan pengetahuan dalam mengawal dan menangani burnout.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08617
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13458

Actions (login required)

View Item View Item