Keberkesanan Penggunaan Kayu Hoki Jenis Kayu Dengan kayu Hoki Jenis Komposit Di Kalangan Pemain Hoki Universiti teknologi Malaysia, Skudai. Johor

Kamaruzzaman, Mohd Fadli and Zainuddin, Zainal Abidin (2008) Keberkesanan Penggunaan Kayu Hoki Jenis Kayu Dengan kayu Hoki Jenis Komposit Di Kalangan Pemain Hoki Universiti teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kayu hoki jenis kayu dengan kayu hoki jenis komposit di kalangan pemain hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai lapan orang subjek berumur (18-25 1.95) telah dipilih secara rawak dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini mengandungi lima jenis ujian kemahiran iaitu ujian kemahiran menggelecek, kemahiran menyungkit, kemahiran memukul (kelajuan), kemahiran memukul (jarak) dan satu ujian mengenai tahap kesakitan kesan penggunaan kedua-dua kayu tersebut. Tahap kesakitan ini dikenali sebagai Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) dan diukur dengan menggunakan skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang di perolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan perisian Statistical For Social Science (SPSS) versi 10, dengan tahap signifikan yang ditetapkan ialah p<0.05. Hasil penyelidikan menolak hipotesis null kerana terdapat perbezaan signifikan kesan penggunaan di antara kedua-dua jenis kayu hoki berdasarkan nilai t yang diperolehi. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah penggunaan kayu hoki jenis komposit adalah lebih baik daripada kayu hoki jenis kayu di kalangan pemain hoki UTM. Walau bagaimanapun, terdapat faktorfaktor lain yang mempengaruhi kajian ini berdasarkan dapatan daripada sumbersumber rujukan dan pengamatan penyelidik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08616
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13457

Actions (login required)

View Item View Item