Kajian Pencapaian Matlamat Penubuhan Teaching School Di Institut Perguruan Kuala Terengganu

Mohamad, Mohamad Kabidi and Hushin, Hassan (2008) Kajian Pencapaian Matlamat Penubuhan Teaching School Di Institut Perguruan Kuala Terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau pencapaian matlamat penubuhan Teaching School di Institut Perguruan Kuala Terenggganu. Tinjauan ini melibatkan guru-guru pelatih kumpulan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), guru-guru yang mengajar di Teaching School itu sendiri dan para pensyarah Institut Perguruan Kuala Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah enam objektif utama yang telah digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam penubuhan Teaching School ini telah dapat dicapai. Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik yang mana ianya disediakan dalam tiga set yang berbeza berasaskan kepada responden. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) For Window Version 11.5. Analisis dinyatakan dalam bentuk peratus dan juga min. Hasil kajian didapati tiga daripada enam objektif telah tercapai matlamatnya. Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memboleh matlamat penubuhan Teaching School tercapai sepenuhnya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08615
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13456

Actions (login required)

View Item View Item