Mengkaji Permasalahan Guru-guru Pelatih Universiti Teknologi malaysia Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik yang Menjalani Latihan Mengajar Di Sekolah

Isnin, Mohd Khairul Nizam and Sulaiman, Seth (2008) Mengkaji Permasalahan Guru-guru Pelatih Universiti Teknologi malaysia Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik yang Menjalani Latihan Mengajar Di Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji masalah-masalah guru pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar (LM) di sekolah. Seramai 80 orang pelajar dari tahun tiga dan empat daripada Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah menjalani latihan mengajar (LM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan komputer perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan secara manual. Kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah dari aspek masalah persekitaran dari segi tempat tinggal dan kewangan bagi tempoh 12 minggu LM. Bagi aspek penyediaan bahan pengajaran, penyediaan alat bantu mengajar (ABM) kurang memberi masalah kepada mereka. Guru pelatih didapati mengalami masalah dari aspek penyediaan buku persediaan mengajar. Perancangan bagi peruntukan masa proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak sistematik. Guru pelatih harus memberi perhatian di dalam mengatasi masalah ini. Cadangan yang membina dikemukakan untuk mengatasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menjalani LM.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08614
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13455

Actions (login required)

View Item View Item