Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Johor Bahru

Sukor, Mohd. Ali and Said, Hamdan (2008) Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian yang menggunakan rekabentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan penyeliaan pengajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Kajian ini berfokus kepada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran; amalan penyeliaan pengajaran di sekolah; dan implikasi penyeliaan pengajaran dalam meningkatkan professionalisme guru dari segi kualiti pengajaran, hubungan professionalisme dengan penyelia, perkongsian maklumat antara penyelia dan guru, dan bantuan daripada penyelia kepada guru dalam proses pengajaran. Satu soalselidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Seramai 340 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 14 buah sekolah terlibat dalam kajian ini. Responden yang dipilih terdiri daripada mereka yang telah disahkan jawatan dan pernah diselia oleh guru besar atau wakilnya. Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS dan dilaporkan dalam bentuk peratus, min, dan kerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk yang dikaji mencatatkan skor min dan peratus yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan beranggapan bahawa penyeliaan pengajaran membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08613
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13454

Actions (login required)

View Item View Item