Penerapan Sejarah Dalam Operasi Asas Matematik

Md Seth, Fadilah and Kailani, Ismail (2008) Penerapan Sejarah Dalam Operasi Asas Matematik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kelemahan dalam matematik untuk setengah-setengah pelajar telah menjadi titik tolak untuk banyak kajian. Salah satu daripada aspek ini adalah kajian terhadap kesilapan lazim pelajar apabila mereka mengolah nombor bulat dengan menggunakan operasi asas iaitu darab, bahagi, tolak dan tambah. Kajian ini mencari bahan alternatif untuk guru dalam operasi asas khususnya dalam sejarah matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan guru yang diterapkan unsur-unsur sejarah matematik ke dalam topik-topik tertentu dalam sukatan matapelajaran matematik serta bertujuan untuk menarik minat pelajar dengan menjadikan unsur-unsur sejarah sebagai sesuatu yang memotivasikan pelajar untuk mempelajari matematik dan menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan bermakna. Kajian ini adalah selaras dengan matlamat kementerian pendidikan matematik KBSR dan KBSM bagi menerapkan unsur-unsur sejarah dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) matematik. Dalam kajian ini terdapat pelbagai kaedah operasi asas daripada pelbagai tamadun antaranya ialah, dalam pendaraban terdapat kaedah Mesir, gelosia, vedic, vertical and crosswise, Russian peasant dan gotmutrika. Manakala dalam pembahagian terdapat dua kaedah iaitu kaedah pembahagian galley dan pembahagian Mesir. Dalam penambahan pula terdapat kaedah Mesir dan kaedah roman dan akhir sekali dalam penolakan pula terdapat satu kaedah iaitu kaedah Mesir. Menguasai matematik merupakan perkara yang sangat penting untuk menjamin kualiti generasi akan datang bagi berhadapan dengan kepesatan teknologi dan arus kemodenan. Kajian ini merupakan satu alternatif yang baik untuk diaplikasikan bagi menghasilkan kesan yang positif.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08612
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13453

Actions (login required)

View Item View Item