Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Pelajar Tahun Akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Utm.

Ismail, Fuziana and Mohd Noor, Norani (2008) Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Pelajar Tahun Akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kemahiran komunikasi interpersonal adalah satu elemen penting yang harus dikuasai oleh pelajar samada dalam aspek akademik, interaksi sosial dan kerjaya. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2006 menunjukkan 20,217 orang graduan masih menganggur akibat kurang menguasai kemahiran komunikasi semasa ditemuduga. Kajian deskriptif secara tinjauan ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam tiga komponen kemahiran komunikasi interpersonal iaitu komunikasi secara lisan, komunikasi bukan lisan dan kemahiran mendengar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 185 orang pelajar tahun akhir dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Data dan matlumat diproses dan dianalisis menggunakan pakej perisian Statistik untuk Sosial Sains (SPSS) for Window versi 14.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.846. Hasil analisis mendapati tahap penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar berada pada tahap tinggi di mana komponen mendengar mencatatkan min tertinggi iaitu 3.98 diikuti kemahiran komunikasi secara lisan sebanyak 3.91 dan kemahiran komunikasi bukan lisan sebanyak 3.80. Dapatan kajian juga mendapati faktor demografi seperti umur dan jantina tidak mempunyai hubungan terhadap tahap penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Daripada dapatan kajian, dicadangkan satu kajian lanjutan yang lebih terperinci dapat dibuat untuk mengkaji kesemua komponen dalam kemahiran komunikasi interpersonal dengan mengambil bilangan sampel yang lebih besar dan menggunakan instrumen berbentuk kuanlitatif untuk mendapatkan hasil yang terperinci berkaitan penguasaan pelajar dalam komunikasi interpersonal.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08611
Subjects: Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13452

Actions (login required)

View Item View Item