Mengenal Pasti Faktor-faktor Yang Mempengaruhi kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Teknikal Sekolah menengah Teknik Daerah Johor Bahru

Rameli, Ruzilayati and Mohd Noor, Norani (2008) Mengenal Pasti Faktor-faktor Yang Mempengaruhi kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Teknikal Sekolah menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen kerja yang penting bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru teknikal. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti lima pemolehubah iaitu faktor beban kerja, kepimpinan pengetua, rakan sekerja, persekitaran tempat kerja dan disiplin pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 30 item. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang guru-guru teknikal. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan faktor rakan sekerja dan kepimpinan pengetua mempengaruhi kepuasan kerja. Faktor lain seperti beban kerja, persekitaran kerja dan juga disiplin pelajar mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik dicadangkan mengkaji kepuasan kerja ini dari aspek-aspek yang lain dengan menggunakan kaedah dan responden yang berbeza.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08608
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13449

Actions (login required)

View Item View Item