Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Daerah Melaka Tengah, melaka

Abdul Rasid, Rahimah and Said, Hamdan (2008) Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Daerah Melaka Tengah, melaka. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi meningkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Seramai 315 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan Alpha Cronbach untuk Bahagian B ialah 0.9143 dan Bahagian C ialah 0.8992. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistitical Package For Sosial Sciences (SPSS). Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08607
Subjects: Curriculum and Instructions > Pedagogy
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13448

Actions (login required)

View Item View Item