Hubungan Di Antara Stres Kerja Dengan kepuasan Kerja Dalam Kalangan Gurugurubesar di Daerah Batu Pahat

Ahmad, Rohana and Mohd Kosnin, Azlina (2008) Hubungan Di Antara Stres Kerja Dengan kepuasan Kerja Dalam Kalangan Gurugurubesar di Daerah Batu Pahat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres , tahap kepuasan kerja dan hubungan stres dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di Daerah Batu Pahat. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap stres dan kepuasan kerja berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu jantina, pengalaman menjadi guru besar dan jenis sekolah. Tahap stres juga dilihat dari tiga aspek iaitu simptom fizikal, psikologikal dan tingkahlaku. Bagi kepuasan kerja ia dilihat dari aspek-aspek pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan, hubungan interpersonal, gaji, penyeliaan dan suasana tempat kerja. Kajian ini melibatkan seramai 108 orang guru besar dari sekolah-sekolah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor. Data-data diperoleh dengan menggunakan kaedah soal selidik dan diproses menggunakan kaedah "Statistical Package For The Social Science (SPSS)" versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap stres yang dialami oleh guru-guru besar di Daerah Batu Pahat pada keseluruhannya berada pada tahap rendah dan bagi tahap kepuasan kerja, ia berada pada tahap sederhana. Daripada tiga aspek stres yang dikaji, hanya stres daripada aspek simptom fizikal menunjukkan tahap sederhana manakala bagi aspek simptom psikologikal dan tingkahlaku menunjukkan tahap rendah. Bagi aspek-aspek kepuasan kerja, semua aspek menunjukkan tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap rendah dan songsang di antara stres dengan kepuasan kerja (r=-0.31). Bagi faktor-faktor demografi, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres dan tahap kepuasan kerja terhadap semua faktor yang dikaji. Hasil kajian ini diharap dapat memberi sedikit panduan dan perbandingan bagi kajian-kajian seterusnya .Beberapa cadangan untuk kajian selanjutnya juga disarankan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08606
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13447

Actions (login required)

View Item View Item