Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti pendidikan, Utm, Skudai.

Peck Chuan, Cheong and Sulaiman, Seth (2008) Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti pendidikan, Utm, Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat fakulti pendidikan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang menggunakan skala likert. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai maklumat peribadi subjek kajian dan Bahagian B merupakan item-item yang menguji persepsi subjek tentang pendidikan seks di sekolah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science Version 15.0 (SPSS 15.0). Data diuji dengan kaedah statistik deskriptif untuk menerangkan kekerapan, peratusan, dan min. Kaedah inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan ANOVA sehala. Hasil dapatan yang diperoleh melalui ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pendidikan seks di sekolah. Manakala hasil kajian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar yang berlainan agama terhadap pendidikan seks di sekolah. Pada keseluruhannya, tahap persepsi responden terhadap pendidikan seks di sekolah adalah pada tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08604
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13445

Actions (login required)

View Item View Item