Amalan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Harapan Negara 2007 Sk Parit Setongkat, Muar, Johor

Ismail., Che Husin and Hushin, Hassan (2008) Amalan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Harapan Negara 2007 Sk Parit Setongkat, Muar, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat gaya kepimpinan Guru Besar di SK Parit Setongkat, Muar, Johor. Tinjauan dibuat untuk mengetahui secara lebih mendalam tetang kepimpinan di sekolah tersebut berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam pelbagai bidang sehingga telah berjaya dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara 2007. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes (kualitatif dan kuantitatif) iaitu dengan melihat secara intensif amalan-amalan kepipimpinan Guru Besar sekolah ini bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat berkaitan dengan kejayaannya. Tinjauan adalah berfokus kepada Guru Besar itu sendiri dengan melihat aspek kriteria kepimpinan yang diamalkan, cara bekerja, visi dan misi yang didukung dan juga meninjau hubungan Guru Besar dengan subordinat dan masyarakat. Elemen-elemen ini dapat membantu menjelaskan lagi tentang gaya kepimpinan Guru Besar dalam memajukan institusi yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Hasil daripada pemerhatian, pemerhatian turut serta, temubual dan pergaulan dengan Guru Besar, telah dapat memberikan gambaran, penjelasan dan jawapan yang berkaitan dengan gaya kepimpinan beliau. Beliau mampu membuat perubahan, pembaharuan dan memajukan sekolahnya sesuai dengan visi dan misi sekolah. Seterusnya, dalam melaksanakan tugasnya, Guru Besar sentiasa menjaga dan menjalin hubungan baik dan harmoni dengan guru-guru, murid, kakitangan sekolah dan masyarakat sekitar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08603
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13444

Actions (login required)

View Item View Item