Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Lay Kah, Chua and Lokman, Mohd Tahir (2008) Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan berbentuk kursus untuk guru besar. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif iaitu temu bual terhadap enam orang guru besar yang berbilang kaum, berbeza umur, jantina, tempoh berkhidmat dan pengalaman menjadi guru besar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis-jenis kursus yang diperlukan oleh guru besar ialah kursus pengurusan kewangan sekolah, kursus Bahasa Inggeris, kursus pengurusan stres dan kursus pengurusan tatatertib. Di samping itu, guru-guru besar menyatakan bahawa kursus-kursus tersebut amat perlu dan penting dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap serta memantapkan pentadbiran organisasi mereka. Hasil dapatan kajian ini telah memberi gambaran bahawa guru besar bersedia berkongsi ilmu dengan guru-guru dan staf supaya mereka lebih jelas dan faham tentang dasar pendidikan. Oleh itu, dicadangkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institut Aminuddin Baki dapat menganjurkan kursus berbentuk penggabungjalinan teori dengan bengkel atau mempelbagaikan aktiviti dalam kursus supaya mereka lebih mudah mengingati dan mendapat gambaran secara praktikal yang lebih nyata

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08602
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13443

Actions (login required)

View Item View Item