Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 2

Shafii, Zuraihan and Muhamad, Azhar (2008) Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 2. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan Dua yang dijalankan di salah sebuah sekolah Yayasan Islam Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental dengan dua instrumen kajian iaitu ujian dan soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 91 orang pelajar yang mewakili kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-dua kumpulan menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos. Manakala bagi soal selidik hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 45 orang pelajar. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif melalui pencapaian pelajar dan juga bagi melihat perbezaan pencapaian yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan. Wujudnya peningkatan pencapaian yang tinggi bagi pelajar kumpulan eksperimen selepas mengalami proses P&P menggunakan kaedah koperatif. Data soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratus dan min menunjukkan pelajar daripada kelas eksperimen berminat terhadap kaedah koperatif yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran mereka. Ini terbukti melalui perolehan skor min yang tinggi antara 3.71 hingga 4.42. Beberapa cadangan telah diutarakan agar kaedah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam pengajaran bahasa Arab

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08601
Subjects: Curriculum and Instructions > Pedagogy
Educational Technology > Instructional Technology
Linguistics Education > Arabic Language Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13442

Actions (login required)

View Item View Item