Hubungan Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Dalam kalangan Guru-guru Besar Di Daerah Mersing

Mohd. Amin, Zulkefli and Mohd Kosnin, Azlina (2008) Hubungan Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Dalam kalangan Guru-guru Besar Di Daerah Mersing. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Mersing. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap serta perbezaan faktorfaktor demografi terhadap stres kerja dan kepuasan kerja responden. Sebanyak 35 set soal selidik telah diedarkan kepada sampel kajian. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Satistical Package for Social Science versi 12.0 (SPSSv12.0 for Windows) berdasarkan nilai min, frekuansi, peratus dan ujian Korelasi Pearson. Kajian rintis bagi tujuan kajian ini telah dilaksanakan di daerah Kulai untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item dan ia menunjukkan nilai pekali Alpha Cronchbach α = 0.894 bagi instrumen Job Related Tension Indeks dan α = 0.913 bagi instrumen kepuasan kerja Brayfield dan Rothe. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujud stres kerja ditahap rendah (min = 2.24) dan tahap kepuasan kerja yang tinggi (min = 3.92), turut didapati hubungan negatif yang signifikan (ρ = -0.046) di antara stres kerja dengan kepuasan kerja. Berdasarkan rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk terus mengekalkan kepuasan kerja yang tinggi. Kajian lanjutan untuk melihat punca-punca stres kerja dan kepuasan kerja adalah perlu untuk membantu meningkatkan kepuasan kerja guru-guru besar di sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08600
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13441

Actions (login required)

View Item View Item