Usaha-usaha Yang Dilakukan Oleh Pengusaha Kraftangan Anyaman Di Melaka Untuk Meningkatkan Jualan Berdasarkan Strategi Campuran Pemasaran (4p)

Geok Lui, Tay and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Usaha-usaha Yang Dilakukan Oleh Pengusaha Kraftangan Anyaman Di Melaka Untuk Meningkatkan Jualan Berdasarkan Strategi Campuran Pemasaran (4p). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Campuran pemasaran merupakan asas bagi kejayaan kebanyakan syarikat dalam meningkatkan jualan produk. Empat aspek dalam campuran pemasaran ialah produk, harga, lokasi dan promosi. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran. Objektif yang ingin dicapaikan dalam kajian ini ialah mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam aspek produk, harga, lokasi dan promosi. Untuk mencapai objektif ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang responden. Data yang dipungut daripada responden dianalisis dalam bentuk peratusan dan ranking dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003. Hasil kajian ini mendapati responden sememangnya menggunakan strategi campuran pemasaran ke atas perusahaan masing-masing untuk meningkatkan jualan. Walau bagaimana pun, aspek harga berada kedudukan tertinggi di kalangan pengusaha sebagai usaha untuk meningkatkan jualan, kemudian diikuti aspek produk. Manakala aspek lokasi berada di kedudukan ketiga dan akhir sekali aspek promosi kurang mendapat perhatian di kalangan pengusaha sebagai usaha meningkatkan jualan. Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik mencadangkan agar pengusaha kraftangan anyaman menimbang semula strategi campuran pemasaran yang telah digunakan terutamanya aspek promosi. Di samping itu, beberapa cadangan yang telah dirangka untuk memperbaiki strategi campuran pemasaran yang ada.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08599
Subjects: Business and Commerce Education > Business Management Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13440

Actions (login required)

View Item View Item