Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik dari Perspektif Guru

Ahamad, Lailinanita and Buntat, Yahya (2008) Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik dari Perspektif Guru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08598
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13439

Actions (login required)

View Item View Item