Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina zon Tiram, Johor

Lim, Seng Thay and Said, Hamdan (2008) Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina zon Tiram, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Amalan penyeliaan merupakan aspek yang penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau pelaksanaan penyeliaan pengajaran di lima buah sekolah jenis kebangsaan cina di Zon Tiram, Johor. Aspek-aspek yang dikaji adalah terdiri daripada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap amalan penyeliaan pengajaran klinikal yang dijalankan di sekolah dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian ini telah dilakukan di Zon Tiram, Johor. Seramai 217 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dibuat analisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences SPSS dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa para responden mempunyai tanggapan yang negatif terhadap amalan penyeliaan pengajaran, amalan penyeliaan pengajaran klinikal yang dijalankan di sekolah juga berada pada tahap sederhana tinggi dan keberkesanan penyeliaan pengajaran pula hanya mencapai tahap kurang berkesan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08597
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13438

Actions (login required)

View Item View Item