Persepsi Guru-guru Pendidikan Islam Terhadap penggunaan Ict Untuk Tujuan Pengajaran Dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah kluang

Dinyati, Lukman and Md Johan, Othman (2008) Persepsi Guru-guru Pendidikan Islam Terhadap penggunaan Ict Untuk Tujuan Pengajaran Dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah kluang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Seramai 111 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 6 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α=0.85. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) dan analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08596
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13437

Actions (login required)

View Item View Item