Amalan Pengurusan Masa Yang Mempengaruhi Cara Belajar Para Pelajar Tahun Dua Lepasan Program Matrikulasi , Di Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mohd.nor, Siti Nur Nadiah and Mohd Salleh, Shaharuddin (2008) Amalan Pengurusan Masa Yang Mempengaruhi Cara Belajar Para Pelajar Tahun Dua Lepasan Program Matrikulasi , Di Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengurusan masa yang mempengaruhi cara belajar para pelajar tahun dua lepasan program matrikulasi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif melibatkan 50 orang pelajar tahun dua yang dipilih secara tidak rawak bertujuan di bawah Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Tekonologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden manakala bahagian B dan C melibatkan respon responden terhadap persoalan kajian. Terdapat 46 item dalam soal selidik ini. Respon yang diterima diukur menggunakan skala Likert dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packege for Social Science for Windows) versi 11.5. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah (α) = 0.7004. Dapatan kajian mendapati bahawa pengurusan masa dikalangan para pelajar berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan yang sederhana diantara amalan pengurusan masa dengan cara belajar para pelajar pada aras .527. Beberapa implikasi dan cadangan juga turut dikemukakan di akhir laporan ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08593
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13434

Actions (login required)

View Item View Item